SK Kayan - Aktiviti Sepanjang Tahun

AKTIVITI SEKOLAH 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012 PERINGKAT SEKOLAH

16 MEI 2012

RABU

JAM 7.40 PAGI

PERHIMPUNAN dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zahid. Seterusnya diikuti dengan nyanyian lagu rasmi sekolah iaitu lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah.

Acara diteruskan dengan bacaan perutusan oleh TPM merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dan perutusan oleh KPPM. Kemudian semua guru menyanyikan lagu Guru Malaysia, Lagu Tema Hari Guru 2012 yang bertajuk Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara.

Semua murid berkumpul di dalam Makmal Sains untuk menonton siaran langsung ucapan TPM melalui EDUWEB TV.

Acara diteruskan lagi dengan sukaneka oleh guru-guru yang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kemudian acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan Hadiah Guru Popular yang dimenangi oleh Cikgu Zaidi dan Cikgu Salmi. Manakala guru dedikasi telah dimenangi oleh cikgu Haris berdasarkan cabutan oleh tuan guru besar kerana dua orang guru mendapat undi yang sama iaitu Cikgu Mazni dan Cikgu Haris.

Selepas murid bersurai, semua guru menikmati jamuan yang disediakan. Pihak pengurusan sambutan Hari Guru 2012 mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang terlibat dalam menjayakan sambutan hari guru ini. Syabas dan Tahniah untuk anda semua.

Selamat Hari Guru

JUMAAT 20 Januari 2012, satu Program Peningkatan Akademik Tahun 6 iaitu Motivasi Keibu bapaan dan Aku Janji oleh pelajar Tahun 6 telah diadakan. Penceramah jemputannya ialah Pengetua SMK Batu 10 Lekir iaitu Tuan Haji Shaifuddin bin Haji Masduki. Selepas selesai program, tuan Guru Besar SK Kayan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa pelajar Tahun 6 bagi membincangkan perancangan sekolah untuk meningkatkan akademik anak-anak mereka. Program ini telah berjalan dengan lancar dan ribuan terima kasih kepada yang terlibat menjayakan program ini. Semoga program ini memberikan kejayaan kepada semua pelajar SK Kayan.

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2012


Dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En Mohd Shalehin bin Suratman

Aturcara Program

- Ucapan aluan pengerusi majlis

- Ucapan perasmian oleh Guru Besar

- Bacaan perutusan KPPM

- Deklamasi sajak

- Koir Tahun 6

- Teater Tahun 4

Nyanyian beramai-ramai.


Deklamasi sajak disampaikan oleh adik Afiq bin Azman. Persembahan koir Tahun 6 telah dibimbing oleh cikgu ShahrilAzizy dan nyanyian koir diiringi oleh petikan gitar oleh cikgu Shahrilazizy sekali lagi dengan lagunya Hitam Putih Kehidupan.

Persembahan teater oleh murid-murid Tahun 4 dibimbing oleh cikgu Mohd Hanif. 


Program sepanjang minggu ini.


Ceramah Anti Dadah

Mewarna poster dadah

Melukis poster dadah

Kuiz anti dadah

Sambutan Maulidur Rasul SK Kayan 1433H/2012M telah di rasmikan oleh Ustaz Md Salleh bin Hj Muruni, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, PPD Manjung. Sambutan ini telah diadakan pada Rabu, 22 Februari 2012 bersamaan 30 Rabiul Awal 1433H bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh. Antara program yang telah disusun sepanjang hari sambutan ini ialah:
7.40 - Berkumpul
8.00 - Perarakan Maulidur Rasul
9.00 - Majlis bermula dengan Ucapan Pengerusi, Bacaan Doa, Bacaan Ayat Suci Al Quran  
          dan persembahan Nasyid.
9.15 - Ceramah (Ustaz Md Salleh b Hj Muruni)
10.15 - Perasmian Pameran Maulidur Rasul
10.30 - Rehat
11.00 - Lawatan Pameran mengikut kelas, Tayangan, Mewarna
12.00 - jamuan murid

Make a Free Website with Yola.